7 Ogos 2016 - 14:22
Atlit olimpik Lubnan enggan berkongsi bas dengan pasukan Israel

Atlit olimpik dari negara Lubnan menunjukkan sikap anti Israel apabila enggan menaiki bas bersama pasukan olahraga dari negara gerakan Zionis tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Deligasi olimpik Lubnan enggan berkongsi bas dengan pasukan atlit Israel pada hari pemrasmian, Jumaat kelmarin.

Media Israel memetik kata-kata jurulatih atlit Israel Udi Gal yang berkata pasukan Lubnan meminta pemandu bas menutup pintu sebaik sahaja sedar mereka akan berkongsi bas dengan atlet negara gerakan Zionis itu.

Akhbar Haretz melaporkan, penganjur cuba memisahkan atlit Israel dengan menggunakan pengkutan berasingan, namun mereka juga enggan dilayan demikian.

Kekecohan terjadi apabila pemandu bas enggan menuruti permintaan atlit Lubnan dan ketua pasukan Lubnan, Salim al-Haj Nicolas bertindak menghalang kemasukan atlit Israel memasuki pintu bas.

Sukan Olimpik Rio di Amerika Selatan membuka tirai perasmian di stadium Maracana pada malam Jumaat, kelmarin.